Kerajaan terus memberi tumpuan kepada sosio-ekonomi komuniti nelayan di negara ini dengan memperuntukkan subsidi dan insentif pelbagai dalam meningkatkan produktiviti golongan tersebut.<br /><br />Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan mencadangkan untuk menaikkan peruntukan subsidi serta insentif kepada RM1.8 bilion bagi industri pertanian dan perikanan pada tahun hadapan.
